Feb 24, 2019

tips menjadi positive dan ubah sikap negative pada diri sendiri

Assalamualaikum ...

dah lama sangat tak update apa apa dekat blog ni, seiring dengan teknologi .. semua nya update di instagram, Fb dan mungkin twitter. ( i prefer instagram @Nurkhadijah19)

hari ni nak share pasal kekuatan kita dalam berfikir pada sesuatu yang kita inginkan dalam hidup kita. Pernah terfikir kadang - kadang kita tahu dalam hidup ini kita ada pilihan, tapi kita sendiri tidak mengambil inisiatif untuk bergerak ke hadapan dan kita sering menyalah kan takdir ..

Apa itu takdir?

didalam islam, kita mempercayai takdir itu adalah kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap umatnya. Tapi, logik kah kita menyalah kan takdir jika kita mahu berjaya tapi kita tidak berusaha?

Sebagai contoh kita mahukan kerja yang gaji nya tinggi, tapi bila disuruh majikan untuk kerja lebih masa, kita jadi marah? Tak puas hati? sedangkan kita sedar kejayaan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga..

ingin berjaya dalam study? tapi kita tak study. timbul sifat malas dan mungkin ada yang meniru waktu exam. mungkin ada jugak dikalangan kita tidak menitik berat kan kejayaan itu datang dari keberkatan ibu bapa . Doa mereka.. kadang kadang kejayaan kita datang nya dari Doa orang lain. Percayalah di dalam setiap kejayaan kita pasti terselit doa orang lain ke atas diri kita. Semakin hari semakin kita dewasa. tak semua benda akan jadi mudah, tapi percaya lah setiap apa yang kita fikir kan .. Minda kita akan berhubung dengan sifat sifat yang ada pada diri kita sendiri. kalau kita mahukan sesuatu, kita sentiasa ingat yang kita akan dapat. Yes. 100 kita akan dapat. sebab apa? sebab kita sendiri sentiasa berkomunisi dengan minda kita yang kita akan dapat. Lambat atau cepat aku akan dapat..

mungkin ada di kalangan kita akan sentiasa bercakap dalam hati ... melalui pengalaman aku, aku bukan dikalangan orang yang bijak or straight A's. tapi aku tahu, dari dulu aku nak ada master by the age of 23. aku kena usaha jugak supaya aku boleh habis cepat dalam masa 15 bulan. Alhamdulillah, aku dapat master dan umur 24 aku dh start kerja. Plan aku mesti cantik, takde repeat paper and semua kena ada timeline. nak buat apa apa pun dalam hidup kena ada perancangan yang baik dari segi masa , spesifik dan boleh diukur..


What we think, We create..
what we think, we attract..
what we imagine , we will become..


ambil 1 contoh parking? pernah tak terfikir nak pergi sesuatu tempat tu, kita dh start membebel.
"alah susah la nk dapat parking'
" eh tak suka la, situ susah parking lepas tu tempat sempit'


haaaaaaaaaaaaa see, belum sampai lagi dah minta and cakap parking susah. macam mana benda nak jadi senang kalau dah awal awal kita attract benda yang tak elok. cuba sekali, ambil masa imagine benda benda yang elok, nak semua baik-baik je. in sha allah, semua akan okay.

Remember, What consumes your mind, Controls your life.

" Law of Attractions"  ? thoughts become things . what we attract in our daily life, definitely we will get. either good or bad, you attract what things happen next ...


macam mana nak hati senang and ubah sikap negative dalam diri..

1. jangan sentiasa bercakap buruk pasal orang.

walaupun kita tahu perkara itu dia lakukan. biar lah . jangan terlalu menjaga perihal orang lain. aura negative dari seseorang akan terpalit juga pada kita, kalau kita sibuk sangat nak tahu hal orang lain. esok lusa, kita pulak kena? nak ke macam tu..

2. berterima kasih dan bersyukur..

ini yang aku amal kan, setiap kali bangun dari tidur. selawat ke atas nabi dan ucap alhamdulillah
( yang Allah, terima kasih kerana pinjam kan hari yang indah ini pada aku. Mulakan, hari korang semua dengan ucap terima kasih dan bersyukur dengan nafas yang ada. tak semua orang, masih bernafas ketika korang membaca post ni. jadi sentiasa lah bersyukur dengan nikmat di sekeliling kita.. sebelum tidur, jangan lupa cakap dalam hati.

ya allah, terima kasih atas rezeki yang aku dapat hari ni. ( walaupun mungkin hari tu bad day korang). mungkin esok can be better than today

3. we attract what we want

sentiasalah jadi manusia yang berfikir baik baik. kata kata itu doa. itu memang betul. pernah tak dalam sehari tu korang asyik membebel . semua benda tak kena? lepas tu, ha lepas jadi benda tak elok tu, singgah pulak berita buruk lain.. sentiasa ubah cara kita berfikir walaupu benda itu kecil. nak tahu kenapa? tu sebab korang dh set mind, ahhhhh semua benda tak kena. ni kejap lagi tah apa pulak jadi. diri kita ni ibarat gelombang magnet, kita yang memberi aura di sekeliling kita. jadi jangan la sentiasa jadi manusia yang sentiasa fikir benda tu buruk,..

4. jauh kan diri dari aura negative ( termasuk lah media social, orang sekeliling dan lain lain)

kalau sekarang anda mungkin keyboard warriors, hentikan lah benda benda macam tu. kita ni tak tahu, keturunan akan datang kita macam mana. mungkin sekarang keturunan kita sekarang baik baik belaka. tapi pernah terfikir esok esok apa jadi kat anak cucu kita ? jangan laju sangat cari salah manusia, ingat kita pun manusia. nasib kita, Allah saja yang tahu.

kawan kawan sekeliling, pilih lah orang yang tepat. jauhi toxic friends and family. pernah tak sekali korang fikir, jumpa kawan kawan. borak2 cerita benda benda pasal orang lain, balik tu rasa energy drained? tu maksud nya korang banyak sangat bazir tenaga pada benda yang tak masuk akal.

ambil contoh, rasa benci nak kerja sebab rakan sekerja pun complaint benda sama hari - hari. rasa tak best pergi kerja? setiap perkara ada solusi, carilah kerja lain dari korang stay dekat company tu, daripada hari hari menambahkan dosa sumpah seranah dekat boss? mana lagi elok.

tidak semua benda mudah dalam hidup, tapi percaya lah.. setiap apa yang berlaku di sekeliling kita, semuanya ada solusi. bukan mudah hendak jadi mudah. tapi, benda akan jadi mudah kalau kita sendiri tahu apa yang patut kita lakukan..

5. ambil masa muhasabah diri

kalau korang ada rasa macam ni, bagus. ambil masa muhasabah keatas diri sendiri. ' back to basic'
sentiasa lah ambil masa fikir kan , apa yang korang dh buat? betul ke benda tu? kalau kita nak harap orang tegur, kdg2 kita susah nk terima. tapi percaya lah, orang yang sentiasa muhasabah diri sendiri , hidup dan hati nya akan tenang walaupun serba kekurangan....



KITA TAHU, KITA UBAH...